suria

Isteri John Legend, Chrissy Teigen luah perasaan selepas dua bulan kehilangan bayi lelaki

Chrissy Teigen akui dia dan suaminya, John Legend sangat sedih dengan kehilangan bayi lelaki mereka.

ISTERI kepada penyanyi John Legend iaitu Chrissy Teigen mengakui dia perlu melalui fasa sukar sepanjang dua bulan kehilangan bayi lelaki yang diberi nama Jack.

Chrissy Teigen menerusi laman Instagram miliknya memberitahu, dia tidak akan pernah melupakan kesedihan dan kesakitan yang terpaksa dilalui sepanjang tempoh itu.

"Bila saya dah tua dan beruban, saya akan kenang semula dua bulan yang penuh dengan kesakitan, kepenatan dan kesedihan ini," katanya.

Pada September lalu, Chrissy berkongsi berita sedih bahawa dia mengalami keguguran selepas beberapa kali cuba menyelamatkan bayi dalam kandungan itu.

Chrissy berkata, dia mengalami pendarahan yang banyak dan sudah beberapa kali melakukan pemindahan darah.

John Legend mendirikan rumah tangga dengan Chrissy Teigen pada 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain