SELEPAS album terbaharu Miley Cyrus berjudul Plastic Hearts dilancarkan, peminat mula membuat spekulasi mengenai salah satu lagu dalam koleksi itu menceritkan mengenai bekas suami penyanyi itu. Memetik laporan Hollywoodlife, lagu berjudul WTF Do I Know itu dilihat seperti merujuk kepada pelakon Liam Hemsworth memandangkan liriknya berkisahkan tentang perkahwinan mereka. Peminat menganggap Miley meluahkan perasaannya dalam album tersebut memandangkan ia dirakam selepas perceraiannya dengan Liam. Pada Januari lalu, Miley dan Liam akhirnya sah bercerai selepas lapan bulan berkahwin. Pada Ogos 2019, Liam telah memfailkan perceraian dengan memetik isu 'perbezaan yang tidak dapat dipertikaikan' dan telah diluluskan oleh hakim kerana mempunyai alasan yang kukuh. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!