suria

Hampir setahun tak jumpa, Atta Halilintar rindukan keluarga

Foto kenangan Atta bersama seluruh ahli keluarganya.

SUSULAN pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, YouTuber terkenal Atta Halilintar meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat bertemu dengan keluarganya hampir setahun.

Atta menerusi laman Instagram miliknya mengakui dia terlalu merindui ahli keluarganya yang tidak dapat pulang ke Indonesia kerana terkandas di Malaysia.

"Rindu sangat... sudah hampir satu tahun tak bertemu dengan keluarga saya. My family, my team!," tulis Atta yang turut memuat naik foto kenangan bersama seluruh ahli keluarganya.

Sebelum ini, Atta menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-26 pada 20 November lalu bersama tunangnya iaitu Aurel Hermansyah yang membuat kejutan istimewa buat YouTuber itu.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Aurel membawa kek dan ditemani adik kepada Atta iaitu Thariq Halilintar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain