suria

Pasha (Ungu) sebak tonton filem 'Kemarin', kisah tragedi tsunami ragut nyawa tiga ahli kumpulan Seventeen

Vokali kumpulan Seventeen, Ifan turut kehilangan isteri dalam tragedi tsunami itu.

VOKALIS KUMPULAN Ungu iaitu Pasha berkongsi perasaan sedih selepas menonton filem berjudul Kemarin baru-baru ini.

Menerusi Liputan6, Pasha mengakui dia tidak dapat menahan air mata daripada mengalir kerana tersentuh dengan jalan cerita filem tersebut.

"Saya menangis ketika menonton filem itu dan saya yakin semua yang menonton mesti turut menangis. Saya rasa tersentuh sebab saya juga seorang ayah dan suami.

"Saya terbayang bagaimana jika saya yang berada di situasi itu," kata Pasha.



Pasha tonton filem Kemarin bersama isteri.

Menurut Pasha, filem tersebut juga banyak meninggalkan mesej mengenai persahabatan, kekeluargaan dan tentang kematian.

Filem Kemarin merupakan video asli hasil dokumentasi kumpulan Seventeen yang mengisahkan kehidupan mereka saat berdepan dengan tragedi tsunami dua tahun lalu.

Tsunami yang melanda Selat Sunda pada 22 Disember 2018 mengorbankan tiga anggota kumpulan Seventeen yang ketika itu sedang membuat persembahan di persisir pantai Tanjung Lesung, Banten, Indonesia.

Bagaimanapun vokalisnya, Ifan atau Riefan Fajarsyah, 35, terselamat dalam bencana alam itu namun isteri penyanyi itu, Dylan Sahara ditemui mati.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain