suria

Jatuh cinta dengan suasana kampung, Shawn Mendes cari rumah di kawasan kediaman keluarga Camila Cabello

Shawn dan Camila masih menjadi lokasi yang sesuai untuk menetap bersama di Miami.

SELEPAS terbuka berkongsi mengenai hubungan cinta, pasangan selebriti terkenal iaitu Shawn Mendes dan Camila Cabello kini dalam proses mencari rumah untuk tinggal bersama.

Memetik laporan Hollywoodlife, Shawn dikatakan jatuh cinta dengan suasana di kampung halaman teman wanitanya di Miami dan merancang untuk memiliki kediaman mereka di sana.

Malah ketika temu bual bersama Guardian U.K, Shawn mendedahkan dia dan Camila masih mencari lokasi yang sesuai di Miami untuk menetap bersama.

"Saya mencari rumah di sini (Miami) bersama Camila, tapi masih mencari lokasi yang sesuai," kata Shawn yang sudah menjalinkan hubungan rapat dengan Camila sejak Julai tahun lalu.

Sebelum ini, penyanyi lagu Senorita menghabiskan masa bersama di kediaman keluarga Camila di Miami sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

Sepanjang dia meluangkan masa bersama keluarga kekasihnya dengan mula belajar memasak serta membasuh baju.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain