suria

Kembar Melisha Sidabutar 'Indonesia Idol 2021' luah rasa kehilangan, anggap mendiang sebagai idola

Mendiang Melisha mempunyai seorang kembar seiras bernama Melitha.

PEMERGIAN salah seorang Top 35 Indonesia Idol 2021 Melisha Sidabutar sangat memberi kesan kepada ahli keluarganya terutama bapa dan kembar mendiang iaitu Melitha Sidabutar.

Menerusi laporan Liputan6, Melitha mengakui kehilangan Melisha sangat meruntuh jiwanya memandangkan dia sudah menganggap mendiang sebagai idolanya.

"Aku sebagai kembarnya sudah menganggap dia sebagai role model. Melisha sangat sayang semua orang. Dia seorang yang suka bercakap dan mengajar saya dan adik-beradik yang lain," katanya.

Melisha yang berusia 19 tahun itu meninggal dunia pada Selasa akibat masalah jantung bengkak.

Difahamkan, Melisha mengalami sesak nafas sejak Ahad namun menolak untuk dibawa ke hospital kerana bimbang dengan penularan Covid-19.

Bagaimanapun ibu bapa Melisha tetap membawanya ke hospital selepas keadaan mendiang yang semakin lemah.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain