suria

Selena Gomez kongsi foto Taylor Swift di IG tanda sokongan album baharu

Selena beri sokongan pada rakan baiknya Taylor.

PERSAHABATAN antara selebriti terkenal iaitu Selena Gomez dan Taylor Swift sememangnya membuatkan peminat mereka berdua berasa teruja.

Memetik laporan Hollywoodlife, Selena memberi sokongan kepada Taylor yang akan melancarkan album berjudul Evermore dengan memuat naik foto rakan baiknya itu di laman Instagram miliknya.

Penyanyi lagu Rare tersebut berkongsi semula foto Taylor dengan meletakkan emoji 'love' di Instastory.

Sebelum ini, Taylor memberitahu dia mahu memberi kejutan kepada peminat dengan mengeluarkan album tersebut dalam minggu ini sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-31 tahun.

Beberapa bulan lalu, penyanyi itu baharu sahaja melancarkan album Folklore yang menampilkan lagu Cardigan sebagai single pengenalan untuk album tersebut.

Menerusi laman sosialnya, Taylor berkata ia merupakan hadiah buat peminatnya yang tidak putus memberikan sokongan di atas kerjaya seninya selama ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain