suria

Tindakan Bunga Citra Lestari buat sendiri 'swab test' Covid-19 terhadap kawannya ditegur doktor

Aksi BCL lakukan sendiri swab test terhadap Vidi.

TINDAKAN penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari melakukan sendiri ujian saringan Covid-19 terhadap rakannya Vidi Aldiano baru-baru ini tanpa bantuan petugas kesihatan mengundang kritikan.

Menurut laporan Lifestyle.okezone, penyanyi lagu Cinta Sejati itu tidak mempunyai kelayakan sebagai petugas kesihatan untuk melakukan sendiri ujian saringan tersebut.

Menjawab isu tersebut, seorang doktor yang dikenali sebagai Muhammad Fajri Adda'i tampil menjelaskan ujian saringan tersebut seharusnya dilakukan dengan berhati-hati untuk mencegah daripada masalah serius.



BCL menerima teguran daripada seorang doktor mengenai tindakannya melakukan swab test sendiri.

"Dalam hidung kita ada bahagian yang dinamakan sebagai konka media. Kalau kita sembarangan menjolok, bimbang akan berlaku pendarahan dan jangkitan," kata doktor tersebut.

Jelas doktor tersebut, jangkitan itu boleh berlaku sekiranya seseorang itu tidak memahami cara yang betul ujian saringan dilakukan tanpa bantuan pihak yang mempunyai kelayakan atau pengalaman dalam bidang kesihatan.

Sebelum ini, isteri kepada pelakon Allahyarham Ashraf Sinclair itu meletakkan syarat untuk sesiapa sahaja yang ingin bertemu dengannya perlu melalui proses ujian saringan yang dilakukannya sendiri.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain