LAGU Ku Tak Rela nyanyian Danial Zaini bukan sahaja menerima sambutan hebat pendengar Malaysia, malah turut menarik perhatian penyanyi dari Indonesia iaitu Dara Ayu. Menurut laporan Liputan6, Dara meluahkan rasa teruja apabila dapat merakamkan semula lagu tersebut dan berharap ia diterima oleh pendengar kedua-dua negara. "Label muzik saya iaitu Proaktif sudah mendapatkan kebenaran Datu Entertainment untuk menyanyikan semula lagu yang sedang viral di Malaysia ini. ARTIKEL BERKAITAN: Danial Zaini dituduh tak 'move on', jual kisah cinta tak jadi dalam lagu 'Ku Tak Rela' - “Saya hanya kongsi perasaan dengan orang yang pernah melaluinya” "InsyaAllah, lagu ini akan dilancarkan secepat mungkin. Harapan saya bukan sahaja lagu ini diterima di Indonesia, malah lagu nyanyian saya featuring bersama Bajol Ndanu turut berjaya di Malaysia," katanya. Dara Ayu merupakan penyanyi baharu yang mula mendapat tempat dalam kalangan peminat muzik Indonesia apabila video nyanyiannya menerima jumlah tontonan yang tinggi di saluran YouTube. Salah satu lagu nyanyiannya yang menjadi tular di Indonesia ialah Satu Hati Sampai Mati yang menerima lebih 30 juta tintinan. Dia juga pernah tercalon dalam kategori dangdut berbahasa daerah di Anugerah Muzik Indonesia (AMI) 2020 menerusi lagu Loro Pikir. Lagu Ku Tak Rela ciptaan Hadi Rumnan mendapat lebih tiga juta tontonan di laman YouTube dan trending di Malaysia. Sebelum ini Danial berkata lagu berkenaan mendapat perhatian selepas rakannya memuat naik video dia sedang menyanyikan lagu itu di laman sosial sebelum dirakam di studio. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!