suria

Al Ghazali imbau kenangan, ibu sanggup panjat pagar rumah demi kejutan hari lahir

Al Ghazali bersama bapa, Ahmad Dhani dan ibunya, Maia serta Dul Jaelani.

DETIK perpisahan penyanyi Ahmad Dhani dengan bekas isterinya iaitu Maia Estianty lebih 10 tahun lalu ternyata meninggalkan kesan yang mendalam kepada salah seorang anak mereka, Al Ghazali.

Biarpun ketika anak-anak pasangan itu masih kecil namun setiap momen suka atau duka masih diingati dan tidak akan dilupakan sepanjang hayat mereka.

Malah Al Ghazali juga berkongsi momen ketika ibunya sanggup memanjat pagar demi untuk bertemu dengannya yang ketika itu menyambut ulang tahun kelahiran sekitar 2008.

"Kalau masa zaman kecil, memang dapat banyak hadiah tapi ketika itu kita masih kecil, sepatutnya bagi kasih sayang sahaja sudah cukup. Ada satu momen, suka dan duka yang saya tak akan lupa seumur hidup.

"Ketika itu, ibu tak boleh masuk rumah. Tapi kan ibu ini perangai macam lelaki, tomboy. Akhirnya dia panjat pagar untuk jumpa anak-anak... kiranya macam kejutan untuk saya," katanya.

Ahmad Dhani dan Maia mendirikan rumah tangga pada 1996 dan mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada 2008.

Pasangan itu mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Dul Jaelani, Ahmad Al Ghazali dan Ahmad El Jallaluddin Rumi.

Sumber - Liputan6

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan