PELAWAK Pete Davidson tampil 'bersuara' selepas salah satu tulisan bekas kekasihnya iaitu Cazzie David berjudul Erase Me dalam buku No One ASked For This yang mengisahkan perpisahan menarik perhatian umum. Memetik laporan Hollywoodlife, Pete mengakui dia sentiasa berasa gembira untuk Cazzie biarpun sudah berpisah dan hubungan mereka juga masih baik sehingga kini. Malah, Pete juga mendoakan yang terbaik dan berharap buku tulisan bekas kekasihnya itu akan mendapat sambutan yang hangat. "Saya sangat gembira untuk dia. Perpisahan kami berjalan dengan lancar dan kami pun masih baik. Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk dia. "Saya berasa, dia tulis buku yang sangat kelakar dan saya berharap ia akan dapat sambutan," kata Pete. Menerusi penulisan tersebut, Cazzie berkongsi perasaan marah ketika mengetahui Pete menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi Ariana Grande selepas pelawak itu memutuskan hubungan mereka melalui mesej sekitar 2018. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!