suria

Baim Wong hadiah kereta kepada anak sempena cecah usia setahun

Baim beri hadiah istimewa untuk anak lelakinya.

PASANGAN selebriti terkenal Indonesia Baim Wong dan Paula Verhoeven menghadiahkan sebuah kereta pacuan empat roda kepada anak sulung mereka, Kiano Tiger Wong.

Baim berkata, hadiah itu hanya sebagai tanda sempena hari lahir pertama anaknya itu yang disambut pada Ahad lalu.

Anak Baim dapat hadiah kereta pada ulang tahun pertama.

“Itu lebih ke arah simbol untuk hari jadi Kiano dan saya juga suka... cuma saya dan Paula juga yang pakai nanti.

“Kereta itu saya idamkan dari dulu dan baru kini dapat” ujarnya seperti dipetik Cumi-Cumi.

Tambah Baim, anaknya itu juga sukakan permainan berbentuk kereta dan pastinya gembira dapat melihat kenderaan sebenar itu depan mata.

Baim bersama isteri dan anaknya.

Selain kereta, Baim turut menghadiahkan anaknya mainan dan permainan yang menguji minda.

“Kita juga beri hadiah lain yang boleh dia main di playground dan untuk pembelajaran dia, ” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain