suria

Miley Cyrus anggap Justin Bieber macam keluarga, tak akan lakukan aksi mesra

Miley pilih Harry sebab mempunyai minat yang sama dalam dunia fesyen.

DIBERI pilihan sama ada mahu mencium Harry Styles atau Justin Bieber, penyanyi Miley Cyrus mengakui dia lebih rela untuk melakukan aksi itu dengan anggota kumpulan One Direction itu.

Memetik laporan Hollywoodlife, Miley tidak pernah terfikir untuk melakukan aksi mesra itu dengan Justin memandangkan mereka sudah lama mengenali satu sama lain dan menganggap seperti keluarga.

Manakala, bekas isteri kepada pelakon Liam Hemsworth itu memilih Harry yang kelihatan menarik di matanya kerana mereka mempunyai minat yang sama dalam dunia fesyen.

"Harry... saya sudah kenal terlalu lama dengan Justin Bieber dan kami seperti keluarga. Harry Styles, dia kelihatan sangat menarik. Kami mempunyai minat yang sama dalam berfesyen," kata Miley.

Penyanyi lagu Wrecking Ball ini mendedahkan perkara itu bermain permainan 'Would You Rather' ketika temu bual bersama Heart FM baru-baru ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain