suria

Sambutan Krismas penuh dugaan… Jessie J alami gangguan pendengaran dan tak boleh berjalan lurus

Jessie J alami masalah pendengar sehingga tidak mampu berjalan. Foto: Getty Images

SAMBUTAN hari Krismas tahun ini cukup mencabar buat penyanyi Jessie J apabila dia diserang penyakit Meniere atau gangguan pada bahagian telinga dan pendengaran.

Menurut laporan CNN, Jessie J mendedahkan dia mengalami masalah untuk menyanyi dan mendengar termasuklah berdepan masalah keseimbangan.

“Saya terbangun dan rasa telinga kanan saya tak boleh mendengar sama sekali, saya juga tak boleh berjalan lurus.

“Pada dasarnya saya mengalami sindrom Meniere. Saya tahu ramai orang menderita penyakit ini dan saya ada mendapatkan bantuan daripada orang-orang sekitar, jadi saya dah boleh berehat dengan baik, ” katanya menerusi Instagram.

Meniere ialah sejenis gangguan penyakit pada bahagian telinga yang menyebabkan seseorang individu mengalami pening serta pusing mendadak sehingga boleh kehilangan pendengaran.

Selepas mendapatkan rawatan di hospital, penyanyi berusia 32 tahun ini akhirnya dapat menyanyi semula meskipun tidak sebaik sebelumnya.

Perkongsian Jessie J itu menarik perhatian peminat dan rata-ratanya mendoakan supaya penyanyi ini segera sembuh dan pulih seperti sedia kala.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain