suria

Hampir empat tahun kahwin, Tyrese Gibson ambil keputusan bercerai - “Kami akan tetap berkawan baik demi kebaikan anak”

Tyrese umum perpisahan di laman Instagram miliknya.

SELEPAS hampir empat tahun berkongsi hidup, pelakon Tyrese Gibson membuat pengakuan dia dan isterinya, Samantha Lee Gibson telah mengambil keputusan untuk bercerai.

Memetik Just Jared, pelakon Fast & Furious itu membuat pendedahan tersebut di Instagram pada Rabu.

"Selepas berfikir masak-masak dan membuat beberapa pertimbangan, kami terpaksa mengambil keputusan yang sukar ini untuk berpisah dan membawa haluan masing-masing.

"Walaupun tidak lagi bergelar suami isteri, kami akan tetap kekal berkawan baik demi kebaikan anak tunggal kami," katanya.

Tyrese, 42, berkahwin dengan Samantha pada 14 Februari 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka mempunyai seorang anak perempuan, Soraya yang kini berusia dua tahun.

Selain Soraya, Tyrese turut memiliki seorang lagi anak perempuan, Shayla, 13, hasil perkahwinan terdahulu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain