suria

Bekas ahli kumpulan U-KISS, Dongho kembali semula ke Korea untuk jalani latihan ketenteraan

Dongho selesa menetap di Jepun.

SELEPAS lebih tiga tahun menetap di Jepun, bekas ahli kumpulan U-KISS, Dongho, 27, kembali semula ke Korea Selatan bagi menjalani latihan ketenteraan selama dua tahun yang diwajibkan ke atas setiap warganegara lelaki di sana.

Dongho di laman Instagramnya menyatakan dia bakal merindui kehidupan di Jepun sepanjang terlibat dengan latihan ketenteraan itu nanti.

"Saya akan meninggalkan kehidupan di Jepun buat seketika demi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang warganegara Korea pada hujung bulan ini.

"Sudah lebih tiga tahun saya berhijrah ke Jepun dan saya sangat menghargai kehidupan di sini.

"Tipulah kalau saya kata tidak sedih untuk meninggalkan Jepun tapi saya harus pergi sebentar untuk menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara Korea.

"Buat semua, sentiasa berhati-hati dan patuh SOP Covid-19 dan semoga tahun baharu ini membawa sinar kegembiraan untuk semua," katanya.

Dongho mengundurkan diri daripada U-KISS pada tahun 2013 dan memulakan kerjayanya sebagai seorang penyampai radio di sebuah stesen di Jepun. - Allkpop

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Dongho, U-KISS, K-pop, latihan militari

Artikel Lain