suria

Impian miliki sebuah keluarga kecil tercapai, Emma Stone menanti kelahiran cahaya mata pertama

Foto Emma yang memperlihatkan baby bump menarik perhatian.

BAKAL melahirkan cahaya mata pertama tidak lama lagi, pelakon Emma Stone kini sudah melakukan persiapan bersama suaminya iaitu Dave McCary.

Memetik laporan E! News, sumber terdekat memberitahu Emma sangat teruja untuk menjadi seorang ibu memandangkan sudah lama menyimpan impian untuk mempunyai sebuah keluarga.

Malah, pelakon filem La La Land ini berasa sangat bertuah kerana dapat meluangkan masa di rumahnya di Malibu, California sepanjang tempoh kehamilan.

"Emma sangat teruja dengan kehamilannya dan tak sabar menantikan kelahiran cahaya mata pertamanya.

"Dia memang sentiasa mahukan sebuah keluarga dan tak sabar jadi ibu.

"Dia berasa sangat bertuah kerana dapat berada di rumah sepanjang tempoh kehamilan dan tidak perlu bekerja dalam masa yang panjang di lokasi penggambaran," kata sumber tersebut.

Emma bertunang dengan Dave pada 2019 sebelum mendirikan rumah tangga pada tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain