suria

Terlalu kerap buat ujian Covid-19, Hilary Duff dikejarkan ke hospital selepas alami jangkitan pada mata

Hilary Duff alami jangkitan pada bahagian mata.

PENYANYI Hilary Duff dikejarkan ke hospital kerana alami jangkitan di bahagian mata akibat terlalu kerap melakukan ujian calitan Covid-19.

Menurut laporan People, Hilary yang kini sedang hamil ketiga memaklumkan keadaan matanya semakin baik selepas diberikan rawatan.

"Terpaksa ke bahagian kecemasan kerana saya mengalami infeksi di mata sebab terlalu kerap buat ujian Covid-19 di tempat kerja.

"Mata saya kemudiannya mula nampak pelik dan sakit... sangat!," tulisnya di laman Instagram.

Bintang berusia 33 tahun ini memberitahu dia perlu menjalani beberapa kali ujian Covid-19 sebelum berada di set penggambaran.

Dalam perkembangan lain, Hilary sedang terlibat dengan sebuah projek drama komedi, Younger.

Dalam siri tersebut, dia membawa watak Kelsey iaitu seorang sahabat dari watak utama Liza Miller lakonan Sutton Foster yang menipu mengenai usia untuk mendapatkan pekerjaan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain