suria

Abang Isa Khan, Aliff Alli dilapor kritikal akibat Covid-19, guna alat bantuan pernafasan - “Kesihatannya semakin merosot kerana stres berdepan proses cerai”

Aliff (kiri) bersama kakaknya Farah Khan dan Isa Khan.

PELAKON yang mencipta nama di Indonesia, Aliff Alli disahkan positif covid 19 dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Rumah Sakit Wisma Atlet, Jakarta.

Menurut peguamnya, Asgar Sjarfi, adik-beradik kepada pelakon Isa Khan dan Miller Khan ini masih belum menunjukkan tanda-tanda semakin pulih biarpun sudah tiga minggu mendapatkan rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang Isa Khan, Aliff Alli didakwa kaki pukul selepas bekas isteri ambil tindakan undang-undang

Malah, tambahnya, aktor itu kini perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.

"Selalunya selepas 14 hari dah boleh keluar, tapi keadaan semakin bertambah teruk malah makin kritikal dan tidak menunjukkan tanda-tanda semakin pulih.

"Keadaannya bertambah buruk sejak memasuki minggu ketiga pengasingan di Wisma Atlet. Ia disebabkan Aliff menghadapi tekanan dan stres kerana berdepan dengan proses kes cerai bersama bekas isterinya Aska Ongi yang masih berjalan," ujarnya seperti dipetik CNNINDONESIA.

Sebelum itu, pada Selasa, Aliff tidak dapat hadir di perbicaraan kes gugatan itsbat nikah dan cerainya dengan Aska Ongi yang berlangsung di Pengadilan Agama Jakarta Pusat Selasa (6/1) kerana dijangkiti Covid-19.

Aliff bercerai pada 11 November 2019 dengan Aska Ongi selepas 11 bulan mendirikan rumah tangga.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain