suria

Pelakon sinetron 'Bagaimana Menyadarkan Isteriku Yang Terlalu Terobsesi K-POP' buat laporan polis, keluarga dan anak-anak 'diserang' peminat K-Pop

Puy Brahmantya buat laporan polis.

PELAKON sinetron Bagaimana Menyadarkan Isteriku Yang Terlalu Terobsesi K-POP iaitu Puy Brahmantya membuat laporan polis apabila diserang segelintir peminat kumpulan muzik dari Korea Selatan itu.

Puy Brahmantya menganggap tindakan peminat K-Pop telah menulis komen keterlaluan yang menghina bukan sahaja, malah ahli keluarga dan anak-anaknya yang masih kecil.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik Isa Khan, Aliff Alli dilapor kritikal akibat Covid-19, guna alat bantuan pernafasan - “Kesihatannya semakin merosot kerana stres berdepan proses cerai”

"Mereka fikir pakai akaun palsu tidak boleh dicari. Kamu menulis perkataan yang buruk mengatakan aku penghuni neraka dan mendoakan keluarga dan anak-anak saya mati itu sudah keterlaluan.

"Saya tidak kenal kamu, saya tidak tahu siapa kamu tapi apa yang kamu lakukan itu sudah melampau. Kamu sudah menyentuh keluarga, anak-anak saya yang masih kecil dan berdosa, mereka tidak tahu apa yang kamu sumpah-sumpah itu," tulisnya.



Puy Brahmantya

Pelakon tersebut membuat laporan polis terhadap beberapa akaun yang sudah dikenal pasti menghina diri dan keluarganya.

"Penghinaan buat saya, saya tidak ambil peduli. Tapi kalau sudah hina keluarga dan anak-anak saya tidak akan bertolak ansur. Kamu lihat sahaja nanti," tambahnya seperti dipetik Tribunnews.

Sebelum ini, drama siri Kisah Nyata siaran stesen televisyen Indonesia Indosiar bertajuk 'Bagaimana Menyadarkan Isteriku Yang Terlalu Terobsesi K-POP' tular di media sosial selepas ditayangkan mula 1 Januari lalu.

Drama itu menceritakan tentang obsesi seorang isteri terhadap kumpulan muzik Korea Selatan itu sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap rumah tangga.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain