PELAKON Raffi Ahmad menjadi antara selebriti terawal yang bakal menerima vaksin Covid-19. Menurut pengurusnya iaitu Prio, Raffi tersenarai antara individu yang akan menerima suntikan vaksin itu pada 13 Januari ini. Bagaimanapun dia masih belum mengetahui jenis vaksin yang akan diberikan kepada suami aktres Nagita Slavina ini. “Ya benar cuma belum ada maklumat lanjut. Jenis vaksin belum tahu, cuma info dinyatakan akan terima vaksin, ” katanya kepada portal CNN. Sebelum ini, tersebar penyataan daripada kementerian kesihatan mengenai program suntikan perdana vaksin Covid-19 bermula 13 hingga 15 Januari depan. Nama Raffi Ahmad dan Bunga Citra Lestari antara yang tertulis bakal menerima vaksin itu. Kementerian bagaimanapun nafikan mengenai khabar angin itu dan memberitahu masih belum mengetahui individu yang terpilih untuk menerima suntikan awal tersebut. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!