KUMPULAN GOT7 dilaporkan telah berpecah memandangkan kontrak bersama syarikat pengurusan, JYP Entertainment tidak diperbaharui. Menurut sumber terdekat kumpulan tersebut, kesemua tujuh ahli GOT7 mahu meneruskan karier mereka dalam kumpulan itu namun tidak mencapai kata sepakat mengenai agensi pengurusan mana yang sesuai untuk menguruskan kerjaya mereka. "Ketujuh-tujuh mereka memang sangat rapat. Mereka sayang nak tinggalkan kumpulan ini, namun GOT7 tak mencapai kata persetujuan bersama agensi mana yang patut menguruskan kerjaya mereka selepas ini. "Disebabkan itu, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk berpecah," kata sumber tersebut. Salah seorang ahli kumpulan itu, Jinyoung dilaporkan telah pun menandatangani kontrak dengan BH Entertainment. Manakala Yugyeom dikhabarkan bakal berada di bawah naungan AOMG dan Youngjae bersama Sublime Artist. Jackson pula akan meneruskan kerjayanya di bawah pengurusan Team Wang, manakala Mark akan kembali ke Amerika Syarikat untuk meneruskan kerjaya dengan membuka saluran Youtubenya sendiri. GOT7 yang popular dengan lagu If You Do dan Last Piece ditubuhkan pada 14 Januari 2014. Kumpulan itu dianggotai oleh JB, Mark, Jackson, Jinyoung, Youngjae, Bambam dan Yugyeom. - Allkpop Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!