KUMPULAN 2PM dilaporkan akan membuat kemunculan semula dalam masa terdekat ini. Menurut agensi pengurusan mereka, JYP Entertainment mendedahkan 2PM kini sedang mempersiapkan diri untuk muncul kembali memeriahkan industri muzik Korea. 2PM akan kembali dengan line-up penuh enam ahli kumpulan mereka sebaik sahaja Junho keluar daripada menjalani latihan ketenteraan pada 20 Mac ini. Dalam kenyataan medianya, 2PM berkata mereka menjanjikan lagu-lagu baharu yang lebih segar dan bertenaga untuk peminat yang tidak pernah jemu menyokong kerjaya seni mereka. "Kami berenam akan bersama-sama menghasilkan lagu berkualiti untuk peminat. Kami akan kembali untuk memeriahkan industri, nantikan!" kata 2PM. 2PM yang popular dengan lagu I'll Be Back dan Hands Up ditubuhkan pada tahun 2008. Mereka berehat sebentar sejak dari tahun 2016 berikutan masing-masing terikat dengan jadual latihan ketenteraan. Kumpulan ini dianggotai oleh Nickhun, Taecyeon, Wooyoung, Junho, Chansung dan Jun. K. - Soompi Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!