TINDAKAN pelakon dan penyanyi Raffi Ahmad tidak memakai pelitup muka ketika pertemuaan bersama rakan-rakan di sebuah acara baru-baru ini mengundang kecaman ramai pihak. Memetik laporan Liputan6, foto yang memaparkan Raffi bersama empat orang rakannya tanpa memakai pelitup muka itu dirakam selepas dia menerima suntikan vaksin Covid-19 pertama pada Rabu lalu. ARTIKEL BERKAITAN: BCL belum dapat ‘green light’! Raffi Ahmad selebriti pertama terima vaksin di Indonesia Raffi bagaimanapun, tampil menjelaskan perkara itu dan memohon maaf kepada Presiden Indonesia Joko Widodo, seluruh petugas di Istana Merdeka dan rakyat Indonesia. Apa-apa pun, saya minta maaf kerana menyebabkan kejadian itu menjadi kecoh. RAFFI AHMAD PELAKON & PENYANYI "Assalammulaikum, saya Raffi Ahmad. Selepas kejadian itu, saya ingin memberi penjelasan tapi sebelum itu, saya mohon maaf sangat-sangat. "Minta maaf kepada Presiden Jokowi, kepada seluruh petugas yang berada di Istana Merdeka dan rakyat Indonesia atas insiden tersebut. Ketika itu, pada mulanya saya memakai pelitup muka. "Tapi kebetulan waktu makan, saya buka dan mengambil gambar bersama. Apa-apa pun, saya minta maaf kerana menyebabkan kejadian itu menjadi kecoh," katanya. Sebelum ini, Raffi menerima suntikan vaksin bersama pegawai kerajaan termasuklah Presiden Indonesia Joko Widodo di Istana Merdeka. Raffi antara penerima terawal suntikan vaksin Covid-19. Pemilihan Raffi menjadi selebriti terawal menerima suntikan vaksin Covid-19 bertujuan untuk mendorong generasi muda menyertai program vaksinasi nasional. Dalam pada itu, pelakon berusia 34 tahun ini memberitahu dia bersyukur menerima vaksin pertama namun mengakui telah mengecewakan banyak pihak dengan tindakannya itu. "Saya sentiasa mematuhi protokol kesihatan dan tak ingin mengecewakan banyak pihak... tambahan pula, Alhamdulillah beruntung berkesempatan mendapat vaksin pertama. "Saya akan menjadi yang lebih baik di masa kelak. Untuk kita dan saya, mengikut langkah kesihatan yang ditetapkan merupakan yang terbaik. Terima kasih kepada mengingatkan saya juga," ujarnya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!