SYARIKAT pengurusan artis dari Korea Selatan, SM Entertainment mencari bakat baharu untuk dijadikan artis di bawah naungan mereka. Menurut laporan Soompi, SM Entertainment mengadakan sesi ujibakat secara terbuka untuk semua bermula sejak Sabtu lalu. Dalam kenyataan sebelum ini, SM Entertainment berkata mereka mencari penyanyi lelaki mengikuti beberapa syarat yang ditetapkan. Antaranya, peserta itu lahir pada tahun 2002 hingga 2008 dan tidak terikat dengan mana-mana agensi lain. Mereka yang berminat dikehendaki mengisi borang yang terdapat di laman sesawang pengurusan itu. Peserta diminta menghantar rakaman video perkenalan diri dan juga menunjukkan bakat menyanyi, menari atau berkaitan sebagai seorang artis. SM Entertainment akan mengumumkan individu yang layak ke peringkat berikutnya pada 28 Februari depan. Ujibakat kedua pula akan dijalankan selepas itu di pejabat SM Entertainment atau secara atas talian bergantung lokasi peserta yang terpilih. Keputusan akhir pula dijangka akan diumumkan pada 31 Mac ini. SM Entertainment merupakan salah satu syarikat pengurusan artis terkenal dari Korea Selatan. Agensi ini berjaya melahirkan banyak kumpulan Kpop popular antaranya Super Junior, EXO, Shinee, Red Velvet dan ramai lagi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!