suria

Abang Isa Khan, Aliff Alli dua kali positif Covid-19, peguam dedah punca kerana ‘vape’

Aliff (kiri) bersama kakaknya Farah Khan dan Isa Khan.

KEADAAN kesihatan pelakon Aliff Alli dimaklumkan masih belum pulih sepenuhnya selepas dilaporkan kritikal akibat jangkitan Covid-19 pada awal Januari lalu.

Justeru itu, peguam Asgar Sjafri memberitahu Aliff tidak dapat menghadiri perbicaraan kes perceraiannya dengan Aska Ongi yang sepatutnya berlangsung pada Rabu lalu.

Menerusi laporan DetikHot, Asgar berkata masih terdapat tanda jangkitan pada paru-paru dan organ dalaman aktor tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Isa Khan lega abang dah bebas Covid-19, dibenar keluar hospital - “Masa dia kritikal saya rasa nak lari ke Indonesia"

"Iya masih sakit... paru-parunya ada kesan kerana dia vape. Paru-paru masih belum pulih sepenuhnya selepas jangkitan Covid-19.

"Dia sudah dua kali positif Covid-19, positif kemudian negatif dan selepas keluar hospital positif lagi. Ini maknanya dia masih belum boleh tamatkan kuarantin.

"Aliff masih di pusat perubatan... yang pasti dia akan terus melakukan kuarantin diri sehingga benar-benar pulih, ” katanya.

Pada awal Januari lalu, Aliff disahkan positif covid 19 dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Rumah Sakit Wisma Atlet, Jakarta.

Adik-beradik kepada pelakon Isa Khan dan Miller Khan ini menerima rawatan di hospital selama tiga minggu.

Pada 6 Januari lalu, Aliff tidak dapat hadir di perbicaraan kes gugatan itsbat nikah dan cerainya dengan Aska Ongi yang berlangsung di Pengadilan Agama Jakarta kerana dijangkiti Covid-19.

Aliff bercerai pada 11 November 2019 dengan Aska Ongi selepas 11 bulan mendirikan rumah tangga.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain