suria

Anak Ahmad Dhani, Dul Jaelani dedah pernah berdoa hingga menangis agar diberikan teman wanita cantik dan solehah

Dul Jaelani mahu kekasih dan menangis sambil memohon doa.

ANAK penyanyi Ahmad Dhani iaitu Dul Jaelani mengakui pernah menangis sambil berdoa memohon diberikan seorang kekasih.

Menurut laporan Tribunnews, Dul Jaelani mendedahkan dia terlalu berharap untuk dikurniakan seorang teman wanita yang memenuhi keinginannya.

"Jujur (dapat kekasih) aku berdoa sampai menangis-nangis dahulu.

"Ya Allah aku minta pasangan yang baik, yang cantik, solehah, terus berjumpa dengan Tissa ini, ” cerita Dul menerusi saluran YouTube Maia Aleldul TV pada Selasa.

Bagaimanapun kini Dul sudah memiliki teman wanita iaitu pelakon Tissa Biani dan hubungan mereka terjalin sejak September tahun lalu.

Sementara itu, Dul yang kini berusia 20 tahun mengakui memasang niat untuk bernikah di usia muda namun belum meletakkan sebarang sasaran waktu.

Pasangan ini pernah berkongsi mengenai perkahwinan impian mereka dan berharap disatukan dalam majlis yang sederhana dan cukup bermakna.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain