suria

Paris Hilton jalani rawatan IVF, harap dikurniakan anak kembar - “Saya sudah ada nama untuk bayi kami”

Paris jalani proses IVF.

PENYANYI Paris Hilton mendedahkan dia kini sedang menjalani proses rawatan kesuburan in-vitro (IVF) dan berharap akan dikurniakan cahaya mata bersama kekasihnya, Carter Reum.

Memetik laporan Hollywoodlife, Paris memberitahu dia sudah mempunyai nama dan menyimpan hasrat untuk dikurniakan sepasang bayi kembar.

"Kami sedang melakukan rawatan IVF, jadi saya boleh pilih nak anak kembar sekiranya saya berminat. Saya dan Carter mempunyai perancangan untuk berkahwin.

"Malah, Saya dan Carter juga sudah ada nama untuk bayi kami. Saya sangat teruja untuk melangkah ke peringkat seterusnya dalam hidup saya dan akhirnya kehidupan saya bakal sempurna," kata Paris.

Bintang Hollywood terkenal itu berkongsi perkara tersebut ketika ditemu bual menerusi program The Trend Reporter baru-baru ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain