suria

BTS dan Lee Min Ho selebriti paling berharga Korea Selatan

BTS dan Lee Min Ho selebriti paling berharga Korea Selatan pada masa kini.

KERAJAAN Korea Selatan baru-baru ini telah mengeluarkan keputusan hasil kajian senarai selebriti tempatan yang paling berharga dan disayangi oleh peminat seluruh dunia.

Menerusi kajian yang dibuat oleh Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea Selatan, BTS telah dipilih sebagai penyanyi K-Pop paling diminati manakala Lee Min Ho mengungguli senarai pelakon paling disayangi peminat global.

Kajian itu dijalankan dengan melibatkan seramai 8,500 responden dari 18 negara luar termasuk penduduk di Amerika Syarikat, China dan Jepun.

Survey atas talian (online) itu berlangsung dari 24 September hingga 4 November lalu yang turut meminta responden menjawab soalan berkaitan seni dan kebudayaan Korea Selatan.

Hasil daripada kajian itu, sebanyak 22 peratus responden memilih BTS sebagai penyanyi kegemaran mereka manakala Lee Min Ho meraih sebanyak 9.6 peratus bagi kategori pelakon.

Filem Parasite yang mencipta sejarah sebagai Filem Terbaik Oscar pada tahun lalu turut dipilih sebagai filem Korea paling diminati oleh masyarakat global.

BTS yang dianggotai oleh RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook kini tampil dengan album terbaharu mereka, BE yang dilancarkan pada November lalu.

Lee Min Ho, 34, pula dilaporkan bakal tampil dengan drama bersiri terbaharu berjudul Pachinko. - Allkpop

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain