suria

Berjaya turun berat badan lebih 27 kg, Rebel Wilson akui kini terima layanan berbeza

Rebel akui terima layanan baik selepas dirinya semakin kurus.

BERJAYA menurunkan berat badan lebih 27 kilogram, pelakon Ribel Wilson mengakui dia menerima layanan yang membeza ketika mempunyai bentuk badan yang besar.

Memetik laporan Hollywoodlife, Rebel memberitahu sebelum ini orang tidak memandangnya namun sekarang, layanan yang diterima sangat baik disebabkan kini memiliki bentuk badan yang menarik.

"Saya rasa apa yang sangat menarik adalah bagaimana orang lain memberi layanan kepada anda. Kadang-kadang mempunyai badan yang besar, orang tak semestinya akan melihat anda dua kali.

"Sekarang bila saya mempunyai bentuk badan yang menarik, orang mula menawarkan untuk membawa barang yang saya beli ke kereta dan membuka pintu untuk saya.

"Saya seperti... adakah ini yang dilalui orang berbadan besar setiap masa? Saya rasa tertarik apabila orang banyak beri perhatian kepada transformasi penurunan berat badan berbanding apa yang berlaku di dunia," katanya.

Pelakon filem Pitch Perfect ini berjaya menurunkan berat badannya yang kini sudah mencecah sasaran iaitu 74 kilogram dalam masa setahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain