suria

Angelina Jolie dedah lalui 5 tahun sukar selepas bercerai dengan Brad Pitt

Angelina Jolie dedah bukan mudah jadi seorang ibu tunggal.

PELAKON Angelina Jolie mendedahkan dia melalui kehidupan sukar selepas bercerai dengan Brad Pitt pada tahun 2016.

Menerusi laporan Vogue, Angelina berkata sepanjang lima tahun bergelar ibu tunggal dia berdepan perjalanan yang agak mencabar.

"Saya hanya fokus untuk memulihkan keluarga kami. Sekarang saya dah perlahan-lahan dapat melupakan kepedihan penceraian itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rupa-rupanya ini punca Angelina Jolie bercerai dengan Brad Pitt, lepas empat tahun baru buka mulut

“Anak-anak jadi penguat semangat... mereka berkata, jangan lakukan itu dan ini, ia hanya akan melukakan diri saya sendiri.

“Sebagai ibu saya tak boleh duduk diam kerana anak-anak adalah keutamaan saya dalam apa jua perkara. Walaupun mereka masih muda, tetapi mereka cukup memahami, ” katanya.

Sebelum ini, Angelina mendedahkan dia mengambil keputusan berpisah dengan Brad Pitt demi masa depan anak-anak.

Pasangan ini merupakan antara pasangan popular Hollywood selama 12 tahun dan mengambil keputusan bercerai pada 2016.

Mereka memiliki tiga anak kandung dan mengambil tiga anak angkat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain