suria

Dua kali tangguh buat comeback, Super Junior janji lancar album baharu Mac ini

Super Junior sudah 16 tahun bertapak dalam industri muzik Kpop.

JIKA diikutkan perancangan awal, kumpulan Super Junior dilaporkan bakal membuat kemunculan semula dengan album terbaharu mereka pada 16 Februari ini.

Namun, Super Junior menerusi kenyataan media yang dikeluarkan agensi pengurusan mereka, Label SJ mengatakan perkara itu terpaksa ditangguhkan pada 16 Mac depan.

"Kepada semua peminat yang sudah tertunggu akan album ke-10 kami, kami dengan rasa kesal hati ingin memohon maaf.

"Album baharu yang sepatutnya dilancarkan pada 16 Februari ini telah ditunda kepada tarikh baharu iaitu pada 16 Mac ini.

"Ia suatu perkara yang tidak dapat kami elakkan disebabkan masalah tertentu," katanya.

Ini merupakan kali ketiga Super Junior terpaksa menukar tarikh pelancaran album terbaharu mereka, The Renaissance.

Sebelum ini, album itu dikatakan bakal dilancar pada Disember lalu namun ia terpaksa diubah pada saat-saat akhir.

Super Junior yang sudah bertapak dalam industri muzik Kpop sejak 16 tahun lalu dianggotai oleh Leeteuk, Heechul, Yesung, Shindong, Eunhyuk, Donghae, Siwon, Ryeowook dan Kyuhyun.

Kumpulan ini cukup dikenali menerusi lagu hit seperti Sorry, Sorry, Bonamana dan Mr. Simple. - Allkpop

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain