suria

Lepas berjaya turun berat badan 27 kg, Rebel Wilson berpisah dengan teman lelaki

Pasangan ini bercinta selama setahun sebelum mengambil keputusan untuk berpisah.

PELAKON Rebel Wilson, 41, mengejutkan peminat dengan imej terbaharunya yang semakin langsing mengakui hubungan cintanya dengan teman lelaki, Jacob Busch, 30, sudah putus di tengah jalan.

Rebel mendedahkan status solonya di laman Instagram baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Berjaya turun berat badan lebih 27 kg, Rebel Wilson akui kini terima layanan berbeza

Menurut wakil pengurusannya, Rebel dan Jacob berpisah secara baik dan tidak berlaku sebarang pergaduhan di antara mereka.

"Mereka berpisah secara baik, pasangan itu juga mengambil keputusan untuk berpisah selepas kedua-duanya mempunyai matlamat yang berbeza dalam kehidupan.

"Kedua-duanya tidak sehaluan dalam merencanakan kehidupan di masa hadapan selain ingin mengejar impian masing-masing dahulu," katanya.

Rebel yang cukup terkenal dengan watak Fat Amy menerusi francais filem Pitch Perfect dikatakan tidak menyesal di atas perpisahan tersebut.

"Walaupun baharu berpisah, Rebel tidak menunjukkan kesedihan dengan perkara tersebut.

"Dia sangat menghargai kehadiran Jacob dalam hidupnya biarpun usia percintaan mereka hanya mampu bertahan selama setahun.

"Rebel juga tidak terburu-buru untuk mencari pengganti Jacob buat masa ini," katanya. - Hollywoodlife

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain