PENYANYI Dewi Perssik meluahkan rasa kecewa dan bengang dengan fitnah yang dilemparkan oleh salah seorang pembantu peribadinya, baru-baru ini. Menerusi laman Instagram, Dewi berkata pembohongan yang dilakukan oleh lelaki tersebut membuatkan dia hilang sabar dan tidak mampu mengawal emosi. "Jangan fitnah saya... kurang bersyukur kamu ni, baru kerja tiga bulan, diberi gaji 5 juta Rupiah (RM1400) ketika jadi pembantu peribadi yang kerjayanya hanya pagi sahaja setelah itu pulang, ya apa tanggangjawab kamu sebagai pembantu? "Ingat! Kamu datang minta kerja kerana katanya tak dibayar gaji oleh bekas majikan di Bali, sering dibuli, saya jadi kasihan sama kamu, lalu saya ambil kamu jadi pembantu dan naikkan gaji. "Walaupun kamu sering lupa barang-barang shooting saya tak pernah marah sama kamu, banyak saksi ya. Perhiasan saya kamu hilangkan dan kata tidak tahu sedangkan kamu yang pegang... ada saya marah?” katanya. Meskipun tidak menyatakan dengan lebih jelas bentuk fitnah yang dilemparkan, Dewi berkata dia benar-benar kecewa dengan pembantu peribadinya itu. "Dah diberi duit masih tinggalkan tanggungjawab sesuka hati lalu kenapa fitnah saya, kalau betul kata tak fitnah saya, kenapa sahabat kamu itu bercerita mengenai saya. "Kalau ternyata tiada bukti, siap kalian... kurang ajar, dah beri hati minta jantung, manusia tidak bersyukur, ” ujarnya. SUMBER: Detik Hot Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!