MENGIMBAU kembali saat dilamar suami, pelakon Priyanka Chopra mengakui dia tidak menjangkakan suaminya iaitu Nick Jonas akan melamarnya selepas hanya dua bulan menjalinkan hubungan cinta. Memetik laporan Hollywoodlife, Priyanka turut berkongsi mengenai permulaan perkenalannya dengan Nick yang juga seorang penyanyi dan ahli kumpulan Jonas Brothers. Menurut Priyanka, mereka kerap menghubungi satu sama lain dan bertemu sekali sekala selama dua tahun sebelum membawa hubungan mereka lebih serius. "Saya tak jangka akan dilamar ketika itu. Baharu sahaja dua bulan!(bercinta). Ia (lamaran) sangat mengejutkan. Tapi saya dapat mengawalnya dan meneruskan sahaja. "Kami bertemu sekali sekala selama dua tahun. Kerap juga berbalas mesej dan mungkin sebahagian daripada diri saya inginkan sesuatu yang serius. Tetapi ketika itu, saya tidak bersedia untuk bercinta. "Saya tidak mahu hubungan yang romantik tapi ada sesuatu mengenai Nick... menyebabkan kami selalu berhubung tak kira di mana saja kami berada," kata Priyanka. Nick berkahwin dengan Priyanka pada 1 Disember 2018 dan mereka sebelum itu mengikat tali pertunangan pada Julai hanya selepas dua bulan bercinta. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!