KEPUTUSAN penyanyi Ayu Ting Ting membatalkan majlis pernikahannya dengan Adit Jayusman mengejutkan ramai peminat. Sehingga kini, kedua-duanya masih mengunci mulut mengenai punca perpisahan mereka itu. Ditemui oleh media di kediamannya di Jawa Barat, Indonesia, Ayu Ting Ting kelihatan tenang dan hanya meminta orang ramai mendoakan yang terbaik dalam hubungan mereka itu. "Ya mungkin belum jodoh, nak buat macam mana. Kita tak boleh nak buat apa-apa, kita mungkin dah buat perancangan baik, namun semuanya berbalik semula ketentuan-Nya. "Penyebab batal nikah? Biarlah itu menjadi urusan saya sahaja. "Abang, kakak doakan saya sihat dan semuanya dipermudahkan, kita tak pernah tahu hal jodoh, rezeki, maut, itu biarlah Allah yang aturkan, ” katanya. Semasa pertemuan mengejut media itu, bapanya iaitu Abdul Rojak turut kelihatan namun enggan mengulas mengenai perkara ini. Abdul Rojak hanya tersenyum sambil melambaikan tangan sebelum masuk ke rumah. Sebelum ini dikhabarkan Ayu dan Adit bakal mengadakan majlis pernikahan dalam masa terdekat. SUMBER: HotDetik