suria

Nia Ramadhani sedih dikritik ketika mengacara majlis anugerah TikTok, akui diri bukan manusia yang sempurna

Nia memuat naik status luahan selepas dikritik menjadi pengacara sebuah anugerah.

KEMUNCULAN pelakon Nia Ramadhani sebagai pengacara program TikTok Awards Indonesia yang diadakan baru-baru ini mengundang kritikan segelintir netizen di laman sosial.

Memetik laporan Liputan6, isteri kepada Ardi Bakrie ini dikatakan tidak sesuai untuk menjadi pengacara disebabkan percakapannya kurang jelas.

Bagaimanapun Nia menerusi laman Instagram mengakui dirinya bukan manusia sempurna dan masih perlu banyak belajar serta berusaha untuk menjadi lebih baik.

"Ketika kita menerima kenyataan bahawa kalau kita bukan seorang manusia yang sempurna. Di situlah kita belajar dan berusaha untuk menjadi manusia yang lebih baik.

"Jatuh... bangun... belajar, kerana hidup terus berjalan," tulis Nia menerusi laman Instagram miliknya.

Biarpun luahan tersebut tidak memberi penjelasan apa-apa namun rata-rata netizen membuat andaian ia mempunyai kaitan dengan kritikan yang diterima sebagai pengacara program tersebut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain