suria

Taylor Swift disaman ciplak nama taman tema Evermore sebagai judul album

Taylor Swift disaman taman tema Evermore kerana didakwa menciplak trademark mereka.

PIHAK pengurusan taman tema Evermore yang terletak di Utah, Amerika Syarikat telah mengambil tindakan undang-undang terhadap penyanyi Taylor Swift berikutan judul album terbaharunya yang dikatakan menciplak tanda dagang (trademark) milik mereka.

Taman tema berkenaan memfailkan saman terhadap Taylor kerana penggunaan nama Evermore telah menyebabkan orang ramai keliru sama ada album itu mempunyai kaitan dengan theme park tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Teruja usia masuk 31 tahun, Taylor Swift ada hadiah untuk peminat!

Menurut mereka lagi, pengunaan nama Evermore oleh penyanyi berumur 32 tahun itu telah menyebabkan kesesakan trafik di laman web mereka sejak album itu mula dilancarkan pada 11 Disember tahun lalu.

Saman tersebut difailkan di Mahkamah Daerah Utah pada Selalu lalu yang mana mereka menuntut Taylor membayar ganti rugi bernilai jutaan dolar.

Pemilik taman teman tersebut, Ken Bretschneider menyifatkan Taylor telah melanggar hak cipta Evermore apabila penyanyi itu turut menjual merchandise menggunakan trademark yang telah dipatenkan oleh mereka.

Sementara itu, peguam yang mewakili Taylor menyifatkan saman itu adalah tidak berasas sama sekali.

"Penggunaan nama Evermore tidak langsung mengganggu perniagaan mereka sebaliknya Taylor telah memberikan 'pemasaran percuma' terhadap taman tema mereka yang sememangnya sudah lama bermasalah," kata peguam Taylor.

Taman tema Evermore telah mula beroperasi sejak 20 September 2018.

Disember lalu, pemiliknya dikatakan berminat untuk menyelesaikan perkara itu di luar mahkamah sekiranya Taylor bersetuju untuk menggugurkan nama Evermore sebagai judul album terbaharunya. - BBC

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain