SELEPAS dikenakan hukuman penjara dua tahun akibat menghina kemaluan bekas isteri, pelakon Galil Ginanjar mengakui dia ingin menebus kesalahannya dan menjadi lebih baik. Memetik laporan Liputan6, Galil memberitahu dia mahu bertemu dengan bekas isterinya iaitu Fairuz A Rafiq dan anak mereka, King Faaz untuk membuat permohonan maaf. Biarpun Galil tidak mempunyai nombor telefon Fairuz namun dia tetap akan mencuba menghubungi bekas isterinya dengan menghantar mesej di laman sosial. "Saya memang mahu minta maaf. Nanti saya akan mesej dia. Saya juga mahu bertemu dengan Faaz sebab sudah lama tidak berjumpa dengan anak saya. "Saya ingin mohon maaf dengan anak dan bekas isteri. Tapi saya tidak akan memaksa Fairuz sebab mungkin dia juga masih marah dengan tindakan saya sebelum ini," katanya. Pada 13 April lalu, Mahkamah Jakarta Selatan Indonesia menjatuhkan hukuman penjara dua tahun empat bulan kepada Galih Ginanjar kerana menghina kemaluan bekas isteri. Manakala dua lagi YouTuber iaitu Rey Tami dan Pablo Benua menerima hukuman setahun empat bulan dan setahun lapan bulan. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!