PENYANYI Tim mengejutkan peminat apabila mengumumkan majlis perkahwinanya dengan pasangan pilihan yang diadakan secara tertutup pada malam, Jumaat. Memetik laporan Soompi, Tim memberitahu dia dan pasangannya sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Jun lalu namun terpaksa membatalkan hasrat mereka berikutan pandemik Covid-19. Bagaimanapun, Tim menganggap keputusan tersebut memberi peluang yang besar untuk dia membuat persediaan dari segi keutamaannya dan memahami maksud perkahwinan. "Sepatutnya kami mahu berkahwin pada Jun tahun lalu tapi disebabkan pandemik Covid-19, kami tiada pilihan untuk membatalkan rancangan kami. "Biarpun keputusan yang sukar tapi ia memberi peluang untuk saya membuat persediaan mengenai keutamaan saya dan memahami maksud perkahwinan. "Majlis perkahwinan saya diadakan secara tertutup ahli keluarga terdekat. Saya harap Covid-19 berakhir supaya kami dapat mengadakan majlis bersama rakan-rakan dan keluarga," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!