suria

Selepas 13 tahun kahwin model Malaysia, akhirnya Andy Lau dedah sebab tak undang tetamu pada hari bahagia

Andy Lau bimbang lukakan hati sahabat jika ada yang terlepas jemputan. Foto: Getty Image

UMUM mengetahui pelakon Andy Lau jarang berkongsi mengenai kehidupan peribadi termasuklah perkahwinannya dengan isteri Carol Chu pada tahun 2008.

Namun, baru-baru ini Andy tampil menyatakan sebab dia tidak mengundang tetamu semasa perkahwinannya dengan model dari Malaysia itu.

Menurut bintang berusia 59 tahun ini, dia bimbang jika ada sahabat baiknya yang terlepas menerima jemputan, lalu dia memutuskan untuk tidak mengundang tetamu pada majlis berkenaan.

"Saya takut terlupa jemput salah seorang teman baik. Ia boleh menyebabkan ada yang akan terasa hati nanti.

"Oleh kerana itu, saya memutuskan tak buat majlis makan malam dan tak mengundang mana-mana tetamu, ” katanya semasa siaran langsung menerusi aplikasi Douyin.

Sebelum ini, bintang dari Hong Kong ini pernah meluahkan kekesalan dan memohon maaf kerana berbohong mengenai perkahwinannya.

Dalam wawancara bersama media pada tahun 2009, Andy mendedahkan mengenai perkahwinannya dengan Carol Chu sehingga menitiskan air mata.

"Sebagai public figure, saya ingin meminta maaf kerana telah berbohong dan mengecewakan ramai orang. Saya berharap mereka memaafkan saya. Saya secara terbuka menyatakan bahawa saya telah berkahwin," ujarnya.

SUMBER: StraitsTimes

Artikel Lain