suria

Lebih terbuka kongsi kisah peribadi, Agnez Mo akui sering dikhianati dalam hubungan cinta

Agnes Mo kini berserah sahaja pada Tuhan soal cinta.

PENYANYI terkenal Agnez Mo akhirnya terbuka untuk berkongsi mengenai kehidupan peribadi dan percintaan yang sebelum ini memilih untuk merahsiakan.

Memetik laporan Liputan6, Agnez mengakui dia pernah terlalu sayangkan seseorang melebihi dirinya sehingga menyebabkan sering dikhianati dan ditipu.

Penyanyi lagu Matahari ini berkata biarpun dia menyerahkan kepada Tuhan dalam soal hubungan cinta namun buat masa kini lebih mengutamakan keluarga dan kariernya.

"Saya memberikan semuanya sampai pada akhirnya, kadang-kadang saya melupakan diri sendiri. Ada beberapa perkara yang terjadi sebelum ini dan saya berusaha untuk mengatasi perasaan tidak percaya pada diri sendiri.

"Akhirnya saya belajar untuk berserah saja pada Tuhan. Dahulu, saya selalu dikhianati dan ditipu. Saya seorang yang sangat menghargai keluarga dan kebahagian saya juga adalah karier saya," katanya.

Agnez berkongsi perkara tersebut menerusi video berjudul Bucin, Tapi Agnez Mo Belum Bertemu Jodoh yang dimuat naik di saluran YouTube Daniel Mananta Network, baru-baru ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain