suria

Hubungan dengan Krisdayanti berantakan gara-gara satu masalah, Ashanty akui rindu nak ‘curhat’

Tinggal kenangan... hubungan baik Ashanty dan Krisdayanti terputus disebabkan satu insiden yang dirahsiakan.

PERNAH mempunyai hubungan yang sangat rapat suatu ketika dulu, penyanyi Ashanty mengakui dia kini tidak lagi berkomunikasi dengan Krisdayanti disebabkan satu insiden yang dirahsiakan.

Memetik laporan Liputan6, Ashanty turut mengimbau semula kenangan kali terakhir dia bertemu dengan ibu kandung kepada anak tirinya iaitu Aurel Hermansyah.

Biarpun hubungan antara mereka sudah terputus, namun dia tetap merindui momen meluangkan masa bersama Krisdayanti yang sudah dianggap seperti kakaknya sendiri.

"Sebenarnya hubungan saya dan Krisdayanti sebelum ini sangat rapat dan baik-baik sahaja. Mungkin sekarang dah lain sebab kami pun sudah tidak berkomunikasi semenjak insiden yang berlaku sebelum ini.

"Kali terakhir bertemu, kami sama-sama meluahkan perasaan dan meluangkan masa bersama. Saya sudah anggap dia seperti kakak sendiri. Ketika itu, saya sangat gembira.

"Sekarang sudah tidak berhubung, sudah tentu saya ada rasa rindu nak berborak apatah lagi, Aurel mempunyai bakat nyanyian yang bagus... sudah pasti ibunya berasa bangga," katanya.

Ashanty mendirikan rumah tangga dengan bekas suami Krisdayanti iaitu Anang Hermansyah pada 2012.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain