suria

Dituduh 'kaki buli', Ji Soo mohon maaf secara terbuka - “Kehidupan saya hancur kerana masa lalu yang gelap!”

Ji Soo mengakui kesilapannya dan menyedari ia sukar untuk dimaafkan.

PELAKON Ji Soo akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua yang pernah menjadi mangsa bulinya ketika di zaman persekolahan.

Menerusi satu perkongsian Instagram, Ji Soo mengakui kesalahannya itu sukar dimaafkan dan menyedari sudah terlambat untuk memperbetulkan kesilapan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Jo Byeong Gyu, Ji Soo pula didakwa ‘kaki buli’ semasa zaman sekolah

"Dengan seikhlas hati, saya memohon maaf kepada semua yang menderita kerana saya. Tiada alasan untuk salah laku saya yang lalu. Itu adalah perkara yang tidak dapat dimaafkan.



Ji Soo muat naik permohonan maaf di Instagram miliknya.

"Semasa memulakan karier lakonan, saya menerima banyak perhatian daripada orang ramai mengetahui masa lalu saya yang tersimpan.

"Namun, dalam diri saya sentiasa berasa bersalah dan menyesal, ia sudah terlambat untuk saya putarkan semula masa itu," tulisnya.

Status permohonan maaf yang dibuat menerusi laman sosial miliknya itu mendapat lebih 618,000 tanda suka dan 50,000 komen netizen.

Biarpun rata-rata netizen berharap perbuatan Ji Soo dimaafkan namun terdapat segelintir mereka yang mahu pihak produksi drama River Where the Moon Rises mengantikan aktor itu dengan pelakon lain.

Tiada alasan untuk salah laku saya yang lalu.

JI SOO

PELAKON

Dalam pada itu, pelakon yang pernah popular menerusi drama siri Strong Girl Bong-Soon ini juga memberitahu dia ingin menebus kesalahannya terhadap orang yang menderita sejak sekian lama kerana perbuatannya.

Akui Ji Soo, dia juga terseksa dan bersalah kerana memburukkan imej penerbit, barisan pelakon dan semua kakitangan yang bekerja keras di set drama lakonannya, River Where the Moon Rises.

"Kehidupan saya hancur disebabkan masa lalu yang gelap. Saya ingin menebus kesalahan kepada orang-orang yang menderita sejak sekian lama sambil melihat saya sebagai pelakon.



Netizen minta pelakon lain gantikan watak Ji Soo dalam drama River Where the Moon Rises.

"Saya akan bertaubat dan perkara itu tidak akan dipadamkan sepanjang saya hidup. Saya terseksa dan berasa bersalah kerana menyebabkan kerosakan yang luar biasa pada rangkaian, penerbit, pelakon, dan semua kakitangan yang bekerja keras di set drama River Where the Moon Rises.

"Saya berharap sangat agar drama ini tidak terjejas kerana saya. Dengan rasa rendah diri, saya meminta maaf kepada semua yang telah terluka," ujarnya.

Baru-baru ini, Ji Soo dituduh melakukan jenayah buli ketika di zaman persekolahan selepas seorang netizen mengaku rakan sekolahnya dan pernah menjadi mangsa buli.

Individu berkenaan memberitahu dia merupakan teman sekelas Ji Soo pada tahun 2006 sehingga 2008 dan mendakwa aktor itu seorang pelajar nakal dan sering membuli pelajar di sekolah.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain