suria

Lee Min Ho buat ujian calitan di Kanada sebelum dibenarkan jalani penggambaran Pachinko

Biarpun dikenali ramai, Lee Min Ho tidak diberikan sebarang keistimewaan apabila turut melakukan ujian calitan Covid-19.

PELAKON Lee Min Ho terbang ke Vancouver, Kanada baru-baru ini bagi menjalani penggambaran drama terbaharunya berjudul Pachinko.

Sebaik menjejakkan kaki ke negara itu, Min Ho, 34, perlu menjalani ujian calitan Covid-19 dan harus menginap di hotel yang disediakan oleh kerajaan Kanada sehingga keputusan ujian dikeluarkan.

Kos penginapan dan ujian calitan itu dilaporkan mencecah kos sebanyak AS$2,000 (RM8,100) seorang yang mana perlu ditanggung oleh pelakon berkenaan.

Prosedur itu dikenakan terhadap mana-mana warga asing yang datang berkunjung ke Kanada sama ada bagi tujuan bekerja atau bercuti.

Pachinko yang diterbitkan oleh Apple TV turut dibintangi oleh Jin Ha, Anna Sawai, Minha Kim, Soji Arai dan Kaho Minami.

Drama bersiri itu diilhamkan berdasarkan novel Pachinko karya Min Jin Lee.

Ia mengisahkan tentang kehidupan empat generasi keluarga imigran dari Korea Selatan.

Penggambaran Pachinko dijangka akan berakhir pada penghujung bulan April depan.

Min Ho sebelum ini cukup dikenali menerusi drama seperti Boys Over Flowers, The Heirs dan The King: Eternal Monarch. - Daily Hive

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain