suria

Bertunang dengan Shailene Woodley perkara terbaik dalam hidup Aaron Rodgers

Aaron dan Shailene merahsiakan tarikh pertunangan mereka.

PEMAIN bola sepak, Aaron Rodgers terbuka berkongsi mengenai hubungan cintanya dengan pelakon Shailene Woodley dan mengakui mereka sudah mengikat tali pertunangan baru-baru ini.

Menerusi laporan Hollywoodlife, Aaron menganggap pertunangan mereka itu merupakan perkara yang terbaik berlaku sepanjang hidupnya.

"Saya sudah bertunang baru-baru ini, ia sangat menyeronokkan. Sudah semestinya pertunangan merupakan perkara yang terbaik berlaku pada saya," katanya.

Hubungan cinta Shailene dan Aaron mula menjadi perbualan hangat pada awal Februari lalu namun masing-masing mengunci mulut mengenai tarikh pertunangan mereka.

Aaron sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan bekas pemandu kereta lumba profesional iaitu Danica Patrick namun mereka berpisah pada Julai tahun lalu selepas dua tahun bersama.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain