SOSIALIT terkenal, Kim Kardashian mengambil keputusan untuk terus menetap di kediaman mewah miliknya yang dikongsi bersama bekas suami, Kanye West terletak di Hidden Hills, Los Angeles, Amerika Syarikat. Kim, 41, akan tinggal di rumah agam yang kini dianggarkan bernilai lebih AS$60 juta (RM244 juta) itu bersama keempat-empat anak mereka iaitu North, 8, Saint, 5, Chicago, 3, dan Psalm yang kini berusia dua tahun. "Kim merancang untuk menetap di situ bersama anak-anaknya. Itu merupakan rumah mereka dan Kim tidak mahu tergesa-gesa untuk berpindah dalam masa terdekat. "Kanye akan keluar dari rumah itu namun dia gembira apabila Kim mengambil keputusan untuk terus menetap di rumah mereka demi anak-anak. "Kedua-duanya sudah bersetuju untuk tidak memberikan sebarang tekanan kepada anak-anak mereka yang sedang membesar. Kanye tidak mahu bergaduh dengan Kim mengenai apa-apa perkara demi kebaikan anak mereka," kata sumber yang rapat dengan pasangan itu. Rumah tangga pasangan ini tidak bertahan lama selepas Kim memfailkan penceraian pada Februari lalu. Kim dan Kanye berkahwin pada 24 Mei 2014 di Florence, Itali selepas dua tahun bercinta. - People.com Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!