PIHAK pengurusan pelakon Park Shin Hye iaitu SALT Entertainment mengambil langkah tegas melindungi artis naungan mereka daripada menjadi mangsa buli siber. Menurut laporan Soompi, SALT mengesahkan netizen yang menulis komen jahat sebelum ini telah menerima hukuman denda. Dalam kenyataannya itu, mereka turut memaklumkan memandang serius mengenai perkara ini dan akan terus memantau sebarang komen jahat yang ditulis netizen di media sosial. "Kami secara konsisten mengambil tindakan undang-undang terhadap posting yang melibatkan artis kami. "Melalui pemantauan yang kami lakukan dan juga info dari peminat, kami sedang mengumpul beberapa kandungan berniat jahat berkat dengan Park Shin Hye sebagai bukti. "Kami akan terus mengambil tindakan undang-undang yang tegas terhadap setiap kes fitnah jahat, penyebaran khabar angin palsu dan sebagainya," ujar wakil pengurusan. SALT bagaimanapun tidak mendedahkan siapakah individu yang telah menerima hukuman denda tersebut. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!