suria

Pelakon veteran Korea Selatan Lee Jieun ditemui mati di kediamannya

Punca kematian Lee Jieun masih belum diketahui.

PELAKON Korea Selatan yang cukup terkenal pada era 90-an, Lee Jieun, 52, ditemukan mati di kediamannya di Seoul pada Isnin.

Menurut pihak polis, penemuan mayatnya itu bertitik tolak daripada laporan polis yang dibuat seorang kenalannya apabila dia tidak dapat menghubungi aktres tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Aktres Korea Selatan Song Yoo Jung mati dipercayai bunuh diri

Lee yang popular menerusi drama Light of the Youth tinggal berseorangan di rumah memandangkan anak lelakinya kini sedang menjalani latihan ketenteraan wajib selama dua tahun.

Pihak polis mengesahkan mayat aktres itu akan menjalani proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya.

Lee memulakan kerjayanya sebagai seorang model pada tahun 1994 menerusi program Good Morning.

Bakat lakonannya mendapat pengiktirafan selepas dia memenangi trofi Pelakon Wanita Baharu Terbaik pada majlis anugerah 16th Blue Dragon Film Awards dan 34th Daejong Film Festival.

Namanya meniti puncak populariti selepas dia membintangi drama Light of Youth yang disiarkan pada tahun 1995. - Koreaboo

Artikel Lain