suria

Bruno Mars buat surat terbuka, rayu diberi peluang buat persembahan di Grammy Awards

Bruno Mars mengharapkan dia diberi peluang untuk mempromosikan lagu terbaharu di Anugerah Grammy ke-63.

WALAUPUN bergelar bintang popular dan pernah memenangi trofi utama dalam Anugerah Grammy pada tahun 2018, namun perkara itu tidak dijadikan alasan oleh Bruno Mars untuk dirinya merayu kepada penganjur Grammy Awards, Recording Academy.

Bruno menulis surat terbuka yang dikongsikan di laman Twitter, meminta penganjur anugerah muzik berprestij dunia itu untuk memberikannya peluang mendendangkan lagu terbaharu pada Anugerah Grammy yang akan berlangsung pada 14 Mac ini.

"Kepada pihak penganjur Grammy, kami sangat menghargainya jika anda memberikan kami kesempatan untuk membuat persembahan pada majlis anda nanti.

"Kami baharu sahaja mengeluarkan lagu terbaharu dan mahu memberikan promosi terhadapnya.

"Setakat ini, kami sudah lama tidak dapat membuat persembahan dan kami hanya benar-benar mahu menyanyi," katanya.

Bruno menulis surat terbuka itu juga bagi pihak rakannya, Anderson .Paak yang mana mereka berkolaborasi untuk projek band terbaharu yang diberi nama Silk Sonic.

"Kami janji tidak akan memberikan persembahan yang berlebih-lebihan jika diberi peluang itu.

"Diharapkan pihak anda akan mempertimbangkan permintaan kami ini dan beri peluang untuk kami menyinar.

"Kami akan hantar video uji bakat dan buat ujian calitan Covid-19 sebanyak mana yang diperlukan oleh pihak anda," katanya.

Recording Academy pada Isnin telah mengumumkan barisan penyanyi yang akan membuat persembahan pada Anugerah Grammy ke-63 adalah seperti Taylor Swift, Billie Eilish, Megan Thee Stallion, John Mayer dan kumpulan Kpop popular, BTS. - CNN

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain